Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang sedang berkembang dengan pesat. Kepesatan tersebut dapat dilihat dalam pelbagai aspek khususnya dari segi ekonomi. Pada masa kini, kita dapat melihat bahawa Malaysia sedikit demi sedikit sedang menuju ke arah pembangunan yang kian maju. Hal ini kerana dengan adanya sumbangan daripada masyarakat Malaysia itu sendiri dengan melibatkan diri dalam pelbagai bidang pekerjaan mereka. Tidak kiralah sama ada sebagai buruh mahir mahupun kurang mahir. Namun begitu, kita juga dapat melihat bahawa, buruh daripada luar negara juga memberi sumbangan yang besar kepada negara kita. Terdapat juga buruh yang sanggup migrasi ke negara Malaysia semata-mata untuk mencari pengalaman yang baru. Ada juga dikalangan mendapat tawaran yang lebih baik dari segi upah yang lebih lumayan bermigrasi ke negara kita.Migrasi antarabangsa telah wujud sejak dahulu lagi. Di dalam sejarah migrasi, wujud faktor seperti faktor penolak dan faktor penarik yang menyebabkan mereka ingin berpindah ke tempat yang ingin dituju. Di Malaysia, wujud tenaga kerja asing daripada negara jiran iaitu Indonesia, Myanmar dan Vietman. Asia Selatan seperti Bangladesh, India dan Pakistan. Kedatangan mereka ke Malaysia sama ada dengan dokumen yang sah ( mengikut undang-undang ) ataupun secara haram ( tanpa dokumen atau melalui agensi yang tidak sah ). Penghijrahan atau migrasi sesebuah masyarakat telah menyebabkan wujudkan masyarakat yang berbilang kaum, agama, bangsa dan budaya. Keadaan ini telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia. Walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan agama, Malaysia tetap bersatu dan aman sehingga sekarang. Namun, penghijrah mereka juga tekah membawa kepada kesan negatif seperti berlaku kes pemerdagangan manusia. Aktiviti yang tidak bermoral dan haram ini telah meninggalkan banyak kesan sekaligus telah mencemarkan imej Malaysia. Penghijrahan atau migrasi telah memberi banyak perubahan kepada sesebuah kawasan. Tidak kiralah sama ada dari segi politik, sosio budaya serta ekonomi.

x

Hi!
I'm Carol!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out
x

Hi!
I'm Nicholas!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out