buli

Di  Malaysia,  buli sering menjadi perhatian media massa dan
menjadi topik bualan hangat masyarakat seolah – olah tiada penghujungnya.
Gejala buli ini menyebabkan kebimbangan dan merunsingkan ibu bapa, guru-guru di
sekolah dan organisasi pendidikan. (Smith, Cowie, Olafsson & Liefooghe,
2002). Buli di kenal pasti sebagai sesuatu  perbuatan tingkah laku agresif yang berulang
bertujuan menyakiti individu lain dari segi fizikal , mental dan emosi.
Perlakuan buli dikalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah memberi kesan
buruk kepada pelajar sehingga menyebabkan masalah kesihatan seperti masalah
dalam tabiat makan dan berat badan. Perlakuan buli mestilah diambil oleh setiap
sudut pihak iaitu ibu bapa, guru-guru dan masyarakat setempat kerana gejala
buli ini mestilah dibendung dari awal persekolahan kanak-kanak. Buli dikalangan
pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah merupakan tabiat pelajar zaman masa
kini berikutan pengaruh teknologi canggih yang menyebabkan mereka terpengaruh
dalam pembentukan personaliti dan tingkah laku menjadi ganas sehingga tidak
dapat dikawal. Justeru itu gejala buli ini dilihat satu ancaman besar dalam
pembentukan sosialisasi positif di antara masyarakat setempat. ( Cheng, Newman,
Qu, Mbulo, Chai, Chen & Shell 2009 & Georgiou, Fausiani, Michaelides
& Stavrinides, 2013).  Ini
bertentangan dengan budaya timur yang terkenal dengan adab sopan santun, hormat
menghormati dan menjaga tatasusila diri sendiri. Pada zaman perkembangan
kanak-kanak, sekolah seharusnya menjadi tempat selamat untuk mereka menimba
ilmu pengetahuan. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut ahli kajian, sebarang
ancaman serta rasa tidak selamat dikalangan pelajar akibat daripada masalah
perlakuan buli ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah (Azizi et al., 2005). 

x

Hi!
I'm Carol!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out
x

Hi!
I'm Nicholas!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out